Selamat Datang! Belajarlah Secara Bijak!!
Seminar Bijak Belajar
Seminar ini boleh disertai oleh pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu-bapa mengikut modul-modul yang disediakan. Baca Lagi
Pendaftaran
Ingin menjadi peserta Bijak Belajar? Jangan tunggu lama-lama dan daftarkan diri anda sekarang dan menjadi peserta jika program diadakan di tempat anda. Baca Lagi
Peluang Pendapatan
Anda boleh menjadi Rakan Niaga @ Pengurus Projek untuk mengadakan program di tempat pilihan anda ataupun menjadi agen jualan tiket dengan peluang untuk menambah pendapatan anda. Baca Lagi
Hubungi Kami
Sebarang cadangan atau pertanyaan? Jangan disimpan lama-lama dan terus hubungi kami di sini. Baca Lagi
Tahukah Anda?
-
Menurut kajian, kita akan lupa 90% daripada apa yang kita belajar pada hari ini dalam masa hanya 2 hari... (Patutlah anak-anak kita begitu sukar untuk skor PEPERIKSAAN!!!)
-
Kesan langsung dari itu, maka majoriti pelajar menyatakan susah untuk ingat apa yang dipelajari kerana terlalu banyak fakta yang perlu di ingat.
-
Akhirnya, tahap motivasi dan minat anak-anak untuk menguasai PELAJARAN semakin lama semakin menurun dan akhirnya, tidak lagi MINAT untuk BELAJAR.
-
Kita sebenarnya boleh membantu anak-anak kita untuk menguasai PELAJARAN dengan lebih mudah berbanding teknik dan kaedah yang telah didedahkan kepada kita zaman sekolah dahulu.
-
KAEDAH BELAJAR yang diperkenalkan oleh SIFUTAJ ini mampu membantu anak-anak kita mengusai PELAJARAN dengan lebih baik. Sungguh mudah!
-
KAEDAH BELAJAR ini mudah dipelajari dan dikuasai semua tahap pelajar. Jika pelajar lain kuasai PELAJARAN dengan baik, anak-anak kita juga pasti boleh.
-
KAEDAH BELAJAR ini BUKAN DALAM BENTUK TEORI yang terlalu idealistik. Tetapi, satu kaedah yang realistik dan mampu untuk dilaksanakan oelh pelajar.
-
KAEDAH BELAJAR ini juga BUKANNYA DALAM BENTUK HIMPUNAN MAKLUMAT DARI SUSUNAN BUKU. Tetapi, lebih kepada perkongsian pengalaman SIFUTAJ sendiri.
-
Oleh itu, KAEDAH BELAJAR ini PASTI BERBEZA!!! Ia dijamin mudah dipelajari dan dikuasai semua tahap pelajar. Kami berani menyatakannya kerana kaedah yang digunakan adalah HASIL KAJIAN, PENGALAMAN DAN PENULISAN SIFUTAJ berkaitan BIJAKBELAJAR yang memakan masa bertahun-tahun untuk menyiapkannya. Kini, beliau akan berkongsi dengan semua melalui bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh QULHAQ CONSULTANCY yang diterajui oleh Ustazah Che Nurul Khairunnisa binti Che Kadir.
Kata Alu-aluan Pengasas - Sifu Taj
Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!
Saya, Muhamad Tajudin Mustafa a.k.a SifuTaj merupakan Motivator Utama Qulhaq Consultancy. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan juga memiliki Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) dari Universiti Teknologi Malaysia.
Pelajar merupakan aset negara yang bakal mencorak warnakan cabaran masa depan. Kejayaan dalam akademik adalah merupakan antara elemen penting bagi membuktikan kemampuan mereka dalam pelajaran. Penguasaan dalam bidang akademik memerlukan pengetahuan terhadap kemahiran, teknik, strategi dan kaedah belajar yang betul. Di samping itu, pelajar perlu bijak mengurus nota, minda, masa dan peperiksaan secara bijak sangat penting bagi memastikan segalanya teratur dan memperoleh natijah atau keputusan yang memberangsangkan. Justeru itu, program ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada gaya pembelajaran yang efisen dan berkesan atau dalam kata lain, “Belajar Secara Bijak”.
Sebelum saya mengakhiri bicara saya, besar harapan saya untuk anda terus meneroka maklumat yang ada dalam laman ini bersama Ustazah Che Nurul Khairunnisa binti Che Kadir selaku peneraju utama QULHAQ CONSULTANCY bagi mengenali dengan lebih lanjut berkaitan BENGKEL BIJAKBELAJAR KAEDAH SIFUTAJ yang pastinya hanya dikendalikan oleh saya sendiri. Sekian, wassalam! Maas salamah, wa ilall liqa'!
Klik Agenda di kanan atas Kalendar untuk senarai lengkap.
*Klik Agenda di sebelah kanan atas Kalendar untuk senarai lengkap.
Matlamat
Memberi pendedahan berkenaan kemahiran, teknik, strategi dan kaedah belajar secara bijak, belajar urus nota, minda dan masa secara bijak; dan belajar urus peperiksaan secara bijak.
Objektif
Objektif perlaksanaan Bengkel Bijak Belajar Kaedah SifuTaj ini selaras dengan Keistimewaan dan Matlamat yang telah digariskan di atas iaitu;
- Memupuk kesedaran bahawa belajar itu mudah dan menyeronokkan.
- Mendedahkan kepada pelajar aplikasi 5 domain utama dalam penguasaan kemahiran belajar yang efisen dan praktikal iaitu kemahiran audio, visual, kognitif, psikomotor dan afektif.
- Mendedahkan kepada pelajar kemahiran, teknik, strategi dan kaedah belajar secara bijak.
- Memperkukuhkan pelajar terhadap kaedah belajar yang berkesan dalam 3 siri iaitu:-
-
Belajar Secara Bijak
-
Belajar Urus Nota, Minda dan Masa Secara Bijak
-
Belajar Urus Peperiksaan Secara Bijak